Apa Beza Tentang Baju Melayu Moden Dengan Traditional?

Baju melayu moden adalah pakaian tradisional yang telah diberikan nafas baru seiring dengan peredaran zaman. Pakaian di golongan ini merupakan salah satu baju yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan generasi muda dan para jejaka pada masa kini. Pakaian ini amat sesuai digayakan oleh pelbagai golongan usia kerana ciri-cirinya yang fleksibel dan mudah digayakan.

baju melayu modenorder now

Reka Bentuk Yang Berlainan

Baju melayu moden mempunyai reka bentuk dan pola pakaian yang lebih moden berbanding pola dan reka bentuk asal. Pelbagai teknik, cara dan corak yang terkini telah diterapkan kepada pakaian tu untuk memastikan pakaian ini selari dengan citarasa para pemakainya. Pakaian ini juga telah diubahsuai agar kelihatan lebih menarik serta mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Selain itu, tidak terdapat banyak perbezaan yang ketera antara baju melayu moden dan tradisional. Pelbagai corak dan warna telah gabungkan pada baju tradisional bagi menghasilkan pakaian yang moden. Terdapat juga pakaian yang tidak berpesak. Pelbagai corak, sulaman, warna serta potongan telah digabungan bagi menghasilkan baju melayu moden.

baju traditional arjunaorder now

Gabungan Baju Melayu Moden Dengan Ciri-Ciri Yang Lain

Tambahan lagi, baju melayu moden  kelihatan lebih menyerlah apabila digayakan berbanding dengan yang tradisional. Hal ini demikian kerana pemilihan fabrik  dan gabungan warna bagi menghasilkan pakaian melayu moden amat dititik beratkan oleh para pereka  fesyen. Generasi masa kini lebih gemar pakaian yang mempunyai gabungan warna sejuk dan panas. Gabungan warna sejuk dan panas, biasanya menggabungkan ketenangan dan kedamaian. Warna yang muncul dari paduan keduanya, seperti biru dan merah atau biru dengan kuning kelihatan menyerlah serta amat moden kerana menghasilkan warna yang menarik seperti Ungu, Lavenda, Turqoise dan Beige.

baju traditional putra mustardorder now

Manakala dari segi pemilihan fabrik pula, jenis kain untuk baju melayu moden merupakan fabrik yang mendapat permintaan tinggi pada masa kini. Fabrik sering mendapat permintaan tinggi adalah fabrikyang mempunyai ciri-ciri yang tidak mudah kedut, lembut, sejuk apabila dipakai serta amat fleksibel. Antaranya ialah kain sifon, kain kapas dan kain satin.

baju melayu biru

baju melayu biru

 1) Kain Sifon

  • Diperbuat daripada sutera,kapas dan sintetik fiber.
  • Nipis jarang, memerlukan lining.
  • Sesuai dipakai untuk menghadiri busana perkahwinan..
  • Tidak senang untuk jaga dan bersihkan.
  • Ia cuma boleh dibersihkan dengan cucian kering.
  • Tekstur kain adalah lembut dan boleh memberi efek yang romantis.
  • Sesuai dipakai pada semua jenis tubuh biarpun seorang yang bertubuh gempal.

2) Kain Kapas

  • Kain benang kapas merupakan fabrik yang sesuai untuk Malaysia yang beriklim panas buat sepanjang tahun.
  • Kain ni senang dijaga, amat selesa dan ringkas dengan memakainya.
  • Sesuai dipakai pada badan yang kurus dan kecil.
  • Boleh dijadikan baju melayu tradisional atau baju moden.
  • Ia bersifat keras, mudah berkedut dan menyerap peluh.
  • Sesuai untuk lelaki memakainya untuk menghadiri majlis-majlis kasual atau bekerja di pejabat.

3) Kain Satin

  • Fabrik berkilau, licin, sejuk.
  • Banyak digunakan di Negara Malaysia untuk menghasilkan jenis baju Melayu lelaki pada musim perayaan seperti Hari Raya.
  • Terdapat juga jenis baju yang diperbuat dengan sintetik dan sutera. Terdapat ramai orang yang menggunakan satin sutera untuk menjahit lining baju kurung. Satin sintetik adalah diperbuat daripada polyester bersama dengan benang-benang yang berkilat, jadi ia agak kaku rupanya.
  • Ia tidak sesuai dipakai atas badan yang bertubuh gempal sebab sifat kilau kain satin tu akan memberi efek besar kepada orang yang pakainya.

Design Baju Melayu Terkini

baju melayu moden 4order now

Disamping itu, baju moden juga turut dipakai bersama sampin songket dan songkok sepertimana dipakai bersama baju tradisional. Cuma yang berbezanya adalah corak songket pada sampin yang kelihatan lebih moden dan menarik. Sampin juga turut diberi sentuhan moden iaitu berciri universal, yang mampu dipadankan dengan pelbagai warna baju melayu.

baju melayu moden 5order now

Seterusnya, pakaian yang diperbuat daripada kain-kain yang berlainan juga turut dihiasi dengan sulaman pada bahagian kocek, bahagian butang baju melayu serta pada lengan baju. Terdapat juga pakaian yang mempunyai corak dan hiasan pada bahu atau seluruh baju tersebut. Antara corak yang sering mendapat perhatian adalah petak, dan berlian.

baju melayu moden 6order now

Tidak hairanlah bahawa baju melayu moden sering mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Hal ini dibuktikan dengan kehalusan rekaannya. Dan kita boleh nampak semakin banyak laman dan sosial media yang menjual pakaian itu. Ia sudah menjadi satu trend bisnes yang tidak dapat dielakkan untuk jual baju melayu online atau dalam talian.

sweetmuslimah

Leave a Reply