Sejarah Tentang Baju Kebaya
Baju jenis ini juga merupakan salah satu pakaian tradisional yang asalnya dipakai oleh kaum wanita di Malaysia dan juga Nusantara(Indonesia) yang dikenakan dengan batik, sarung, atau pakaian tradisional yang lain macam songket bersama motif warna-warni. Di samping itu, pakaian Kebaya ini juga diperbuat daripada sejenis kain yang dikenali sebagai kain kasa Pakaian ini sesuai dipakai sebagai pakaian harian mahupun pakaian pengantin.Bagi pakaian harian, busana ini sesuai diperbuat daripada kain kapas, baldu atau sutera dan dipadankan dengan kain sarung. Selendang juga hanya dikenakan apabila keluar rumah. Bagi pengantin pula, baju kebayanya diperbuat daripada songket dan sepasang dengan kain sarungnya. Selendangnya juga diperbuat daripada songket.
Tambah lagi, terdapat beberapa khabar angin yang berlainan tentang asal usul Baju Kebaya. Ada orang yang berkatakan bahawa kemungkinan pakaian ini adalah dibawa masuk ke Nusantara oleh orang Arab sejak beberapa ratus tahun dahulu dan sebab merekan berkata demikian dengan sebabnya perkataan ‘kebaya’ itu dipercayai berasal dari bahasa dan perkataan Arab iaitu habaya yang maksudnya adalah baju labuh yang mempunyai ciri yang berbelah di depan manakala ada juga orang yang mengatakan bahawa baju ini dibawa masuk ke Melaka oleh orang Portugis, dan bukti mereka adalah kebaya sudah lama pakai di rantau ini pada masa pemerintahan Portugis. Pada masa itu, baju ini bukan saja dipakai oleh golongan wanita Melayu tetapi terdapat ramai wanita Cina Peranakan (Baba) juga memakai pakaian itu. Wanita Cina Peranakan akan mengubahsuai sedikit untuk pakaian ini dengan perbezaan dalam gaya dan potongan baju.
Jenis Baju Kebaya Di Rantau Ini
Selain itu, Terdapat juga pelbagai jenis Baju Kebaya yang telah diketengahkan seperti Baju Belah Kebaya Panjang, Baju Kebaya Kota Bharu, Baju Kebaya Riau-Pahang dan lain-lain. Setiap pakaian ini mempunyai ciri-ciri tersendiri. Baju belah Kebaya Panjang mempunyai pola baju yang bersifat ‘mengurungkan’ seluruh badan termasuk semua anggota. Bagi pakaian tradisi ini, potonga kain biasanya labuh sampai ke buku lali dan apa yang bezanya adalah ia berpesak dan berbelah di depan baju.
Baju belah panjang ini terkenal di Selangor, Perak, Melaka, Perlis dan Kedah. Baju kurung belah juga dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan ‘kebaya panjang’. Tradisi pakaian ini berkembang menjadi kebaya dan direka dengan tangan panjang yang berpesak lurus di bahagian depan baju. Desain baju jadi berbelah dada dan berkekek dan ditutup dengan kerongsang tiga atau kancing. Manakala Baju Kebaya Kota Bharu adalah dibahagian depan dada pakaian tersebut ia mempunyai kancing. Kebaya Kota Bharu ini juga mirip kepada kebaya di kota Bandung, Pulau Jawa yang luas dikenali sebagai Kebaya Kutu Baru.
Hiasan Baju
Seterusnya, Baju Kebaya juga sering digayakan dengan selendang dan aksesori yang lain seperti tiga kerongsang yang berangkai atau berasingan dengan rantai halus yang lama dikenali sebagai kerongsang ibu dan anak. Kerongsang besar yang berada di atas dikenali sebagai ibu manakala 2 kerongsang yang kecil yang dipakai di bawah kerongsang ibu dikenali sebagai anak.
Selanjutnya, antara bahan yang digunakan untuk membuat kebaya adalah kain tenun, sutera, organza, tule, shiffon, dan juga kain renda. Sebelum ini, kebaya hanya menggunakan kain sutera organza atau kain campuran halus. Kini dengan perkembangan fesyen, kebaya lebih variasi mula daripada kain tule, tenun, renda atau shiffon. Kain Kebaya juga dihiasi dengan variasi sulaman, labuci dan manik-manik. Pemilihan bahan-bahan yang tidak mudah rosak semasa dalam sulaman atau jahitan dengan hiasan tambahan adalah sangat penting untuk memastikan kuaiti dan kecantikan pakaian itu.
baju kebaya rokiah
Pada era globalisasi, Baju Kebaya semakin mendapat permintaan yang tinggi daripada peminat dan penggunaan maka rekaan dan teknik pembinaannya harus dimajukan lagi agar rekaan itu bersesuai dengan arus pemodenan. Para ahli fesyen sedang mencari cara untuk mengubahsuai design dan menjadikannya baju yang akan kelihatan lebih moden dan sejajar dengan trend terkini. Antara Baju Kebaya yang diubahsuai boleh sepadan dan dipakai bersama seluar jeans. Tidak berhenti di situ, dengan masa yang semakin berjalan ini, pakaian ini akan terus mencari variasinya yang tersendiri bertepatan dengan pemintaan dan citarasa pemakainya.
Zalora terdapat banyak pilih untuk baju ini. Boleh anda kunjung ke laman Zalora dan tentu anda akan dapat pilih satu pakaian kegemaran anda.
hanna khairuddin says
kat mana nak dapat baju kebaya ni?