Bagaimana Memilih Jubah Muslimah Untuk Wanita Gemuk?

Pada hari ini model baju muslim yang banyak disukai oleh wanita muslimah adalah jubah(gamis), iaitu longdress dengan long sleeves, atau biasa disebut abaya. Sekarang terdapat banyak model jubah cantik yang dibekalkan di pasaran dengan reka bentuk yang berlainan yang boleh anda pilih. Dan tentunya sesuai dengan acara saat dipakai.

Adakah anda sudah berasa selesa dan sesuai dengan abaya yang anda pakai?

Banyak sekali orang yang mengenakan busana muslimah sekadar mengikuti trend model tanpa mempedulikan bentuk tubuhnya, sesuai atau tidak, selesa dipakai atau tidak. Bagaimana dengan anda sendiri? Jom kita semak bersama mengenai cara memilih baju muslim yang sesuai untuk anda.

Antara Cara-Caranya Untuk Memilih Jubah Muslimah Saiz Besar

Bagi orang yang mempunyai badan yang besar atau bertubuh gemuk dan pendek elakkan baju yang sangat lebar atau disebut plus sized maxi dress. Kenapa? Kerana akan semakin menambah kesan semakin lebar dan anda akan kelihatan semakin tenggelam.

Anda boleh memilih jubah atau gamis dengan paduan warna yang dijahit menyambung secara simetri dan secara menegak dengan gabungan antara warna gelap dan terang. Ini boleh memberi kesan ramping kepada badan anda. Anda perlu mengelakkan jubah muslimah dengan motif yang besar. Jika anda menyukai motif polkadot yang sedang trend pada masa ini, bolehlah anda pilih jubah polkadot yang kecil dan jarang atau tidak padat motifnya. Begitu juga dengan motif bunga, pilih motif bunga yang kecil-kecil. Motif bergaris menegak atau condong akan membolehkan anda nampak terkesan langsing.

Jubah muslimah dengan model drapery, ruffle, dan bertumpuk sangat popular buat masa ini. Anda tetap boleh memakai baju muslimah bergaya ini dengan catatan, jangan terlalu banyak ya, kerana boleh memberi kesan semakin tebal tubuh anda. Beri sekadar sebagai aksen saja, kerana drapery, ruffle, bertindan adalah jenis aplikasi yang menarik perhatian orang ramai.

Seterusnya kita akan membincangkan mengenai jenis bahan. Pilih jenis bahan yang jatuh. Jika anda ingin bahan jenis kaos rayon spandex seperti pada produk Sweet Muslimah, pilih jubah muslimah plus size dengan tambahan ukuran satu hingga dua tingkat lebih besar, supaya lipatan pada perut, paha, lengan tidak kelihatan. Elakkan bahan yang kaku, kerana akan member kesan lebih lebar

Itu beberapa cara memilih jubah muslimah untuk badan plus size dari saya, semoga bermanfaat. Jika anda soalan, cadangan, dan kritikan sila untuk disampaikan kepada kami dan kami akan jawab pertanyaan anda.

sweetmuslimah

Leave a Reply