Baju Melayu Untuk Dipakai Oleh Lelaki Melayu

Sejarah Tentang Baju Melayu



Menurut sejarah, permulaan memakai dengan Baju Melayu oleh kaum lelaki di galangan masyarakat Melayu adalah pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah ketika Melaka diperintah oleh baginda. Dalam sejarah Melayu, kita boleh jangkakan pakaian ini mula dipakai lebih kurang tujuh ratus tahun di zaman masa. Terdapat satu catatan sejarah yang ditulis oleh seorang bernama Tun Sri Lanang yang mencatatkan bahawa di hikayat Sultan Muhammad Syah, baginda pernah melarang dengan tegasnya tidak membenar rakyat di Melaka untuk memakai jubah sebab ia kelihatan seperti pakaian yang dipakai oleh pedagang Arab dan Cina.

Tetapi pada masa baginda menunaikan fardu solat untuk perayaan bersama rakyat di Hari Raya, baginda akan memakai Baju Melayu terlebih dahulu dan cuma mengena jubah apabila baginda tiba di masjid. Manakala, dalam buku teks tentang Hikayat Hang Tuah pula diperincikan memakai Baju Melayu perlu liputan dengan semua peralatan pakaian kebesaran diraja. Tambahan dengan tingkah laku yang bersopan satun dan mesti selaras dengan pegangan agama Islam.

baju tradisional melayu

Dalam catatan sejarah melayu, terdapat juga tulisan mengenai rakyat Melaka yang memakai Baju Melayu. Sifat pakaian pada masa tu adalah sendat dan singkat. Dengan laluan masa, terdapat seorang pembesar melayu yang telah membesarkan dan memanjangkan pesak pakaian tu dan menjadi reka bentuk yang kita lihat masa kini.

Pakaian Tradisional Untuk Masyarakat Melayu
Oleh itu, Baju Melayu merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki masyarakat Melayu. Pakaian ini diistilahkan sebagai pakaian kemeja yang longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Baju Melayu yang lengkap kebiasanya digayakan bersama-sama dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang dan songkok atau destar beserta capal.

Baju Melayu biasanya dipakai di Brunei, Malaysia dan Singapura. Namun penggunaannya di Singapura adalah terhad pada hari Jumaat dan juga pada hari raya Aidilfitri. Bagi kaum lelaki di Brunei dan Malaysia pula biasanya memakai pakaian untuk  ke majlis-majlis keagamaan yang umum seperti ke solat Jumaat dan juga ceramah-ceramah keagamaan. Tambahan lagi, ia juga biasanya dipakai di acara-acara formal seperti ke acara perayaan dan perkahwinan.

baju melayu

Selain itu, Baju Melayu yang dipakai untuk acara-acara rasmi negara seperti hari keputeraan Yang Di Pertuan Agong adalah Baju Melayu yang berwarna hitam yang digandingan dengan kain songket bersulamkan dengan benang emas.Baju Melayu berwarna putih pula dipakai oleh kerabat diraja Malaysia apabila berkabung lulus dari ahli keluarga diraja.Pakaian ini juga dipakai oleh pegawai kerajaan dengan bangganya ketika acara rasmi dan juga acara kebangsaan.Pakaian ini juga turut dijadikan sebagai pakaian seragam dalam seni mempertahankan diri tradisional Melayu seperti seni silat.

Seterusnya, Baju Melayu tidak lengkap tanpa sampin dan juga hiasan di kepala. Antara hiasan di kepala ialah songkok dan dastar. Songkok amat sinonim dengan agama islam sebab ia merupakan sunat kaum Muslimin untuk menutup kepala dengan betul ketika solat. Sungguhpun sebelum pemakaian songkok disebarkan ke tempat ini, umat Melayu adalah lebih suka tanjak atau berdastar dan ini boleh dikatakan ia menunjukkan bahawa kuam Melayu masih mengikuti perkembangan dari masa ke masa tanpa meninggalkan adat, syariat, budaya, dan adab bangsa.

Busana yang dipakai di bahagian kepala lelaki kaum Melayu merupakan destar, tengkolok atau tanjak. Ia selalu dikaitkan dengan kepahlawanan dan istana. Ia dipakai untuk lelaki menghadiri pelbagai acara adat istiadat Melayu. Destar kerap dipadankan dengan sampin, bengkung, keris selit bagi Baju Melayu lelaki.

Jenis Baju Melayu Yang Ada
Terdapat beberapa jenis Baju Melayu yang boleh kita dapati. Antaranya ialah Baju Melayu Cekak Musang, Baju Melayu  Teluk belanga dan juga Baju Melayu Sikap atau layang. Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di kawasan selatan Malaysia. Potongan bagi leher Baju Melayu Teluk Belanga dijahit secara sulaman dan cara pemakaiannya adalah baju diluar sampin.

Bagi Baju Melayu Cekak Musang pula lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan bagi leher Cekak Musang pula bahagian penutup atau rumah butangnya adalah bertindan. Cara pemakaiannya adalah baju didalam sampin. Baju Melayu Cekak Musang juga mempunyai lima butir kancing.

Dari segi entnografi sosiobudaya, kancing itulah lambang keharmonian rumah tangga masyarakat melayu. Baju sikap atau baju layang pula hanya boleh dipakai oleh golongan bangsawan yang berdarah Raja dan juga orang-orang yang di anugerahi gelaran seperti Datuk, Tun dan sebagainya. dipagan bengkung, sampin dan Baju Melayu beserta keris selit bagi pakaian lelaki Melayu

Akhir sekali, Baju Melayu menyelahkan lagi ketampan seseorang lelaki melayu itu. Baju Melayu merupakan pakaian yang jelas sekali mnampilkan imej kaum melayu.