Baju Tidur Bagi Bayi

Anak ku tahun ini sudah nak masuk umur 2 tahun. Cuma tinggal lagi dua bulan saja. 3 minggu yang lepas, mamak saya tolong cukur dan botakkan kepala anak saya. Kami membuat demikian dengan tujuan untuk bagi anak saya dapat pertumbuhan rambut baru dan tumbuh dengan lebih sopan, hensem dan jayanya. Tetapi selepas mencukur, orang lain nampak muka anak saya dengan tak ada rambut tu rasa sangat pelik. Tidak biasa dengan penampakan baru, mereka cakap. Tetapi saya nampak dia macam lebih ‘matured’ dan macho sikit. Masa ada rambut nampak macam budak-budak. Tetapi Darwish memang budak-budak pon. hahah! ape yang mama cakap ni? adeih…

Disebabkan umur anak saya dah mula meningkat, maka baju-baju dia terdapat banyak yang sudah jadi senteng, butang paling last duk atas puast, seluar pun dah mula ketat. Kesian dengan anak saya saja. Terutamanya baju-baju lengan panjang sebab biasa dok pakai long sleeve apabila sampai masa untuk tidur. Jadi mama topup baju-baju lengan panjang dululah setakat ni. Sebab baju t-shirt anak saya setakat ni masih padan lagi. Saya sudah beli baju tidur yang besar siap-siap sebelum ni. Baju lengan panjang je dok pakai yang sejak dia umur 9 bulan. Hohohhhh tu pasallah senteng habis.

baju tidur untuk bayi

baju tidur untuk bayi

Hari ini saya belikan anak saya 5 set baju tidur yang baru. Dia nak pakai buat pergi jenjalan pun boleh juga dengan design macam ni. Kira 2 in 1 teruslah. 4 set untuk umur 2vtahum 1 set untuk umur 3 tahun. Sehelai rompers yang bersaiz 18m tapi nampak gaya dia kena tunggu umur 4 tahun dulu baru padan kut sebab cutting dia besar sangat. Dan lagi dua helai tu seluar stoking atau dipanggil busha. Saya suka pakaikan busha kat anak saya malam-malam sebab anak saya tak suka pakai stoking dan selimut. Tetapi kami selalu buka aircond semasa tidur dan tidur dalam aircond akan sejukkan badan anak saya ni. Jadi dia kenalah pakai busha sekurangnya tak adalah sesejuk seluar biasa.

Okay lah. Itu saja yang saya ingin kongsi dengan anda dengan new outfit yang saya beli untuk anak saya. Mama is kering idea. Tapi kes ada kesempatan hapdet terus mama hapdet dan meraban. muahahahaa ;p

Spread the love

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *