Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Cara Cara Menghapuskan Kedutan Baju Melayu Sutera

iron1

Baju Melayu bukan sahaja mahal , tetapi juga elegan dan segan, Kalau tidak mengendali dengan rapi dan cemas semasa mengosok, pakaian mahal ini akan senang dirosakan . kelemahan baju melayu adalah  mudah berkedut . Ada beberapa cara yang  mudah untuk menghilangkan kedutan . Untuk menghilangkan kedutan anda hanya perlu menggunakan stim dengan cara yang betul . Berikut adalah beberapa cara di mana anda boleh menggunakan stim .

Gunakan Pengukus Tangan (Hand Steamer)

Jika anda mempunyai pakaian baju melayu sutera atau lain lain fabric yang senang  berkedut, pengukus pakaian tangan yang senang didapati di pasaraya  boleh digunakan. Brand seperti Huayu, Penasonic, Samsung adalah diantara brand yang boleh dipercayai. Pengukus pakaian tangan senang digunakan dan jimat masa, air mesti sentiasa ada dalam tangki yang disediakan kalau tidak kerosakan akan berlaku. Apabila stim dihasilkan di muncung, jauhilah anak anak supaya tidak ada kemalangan berlaku

Jika anda tidak mempunyai pengukus pakaian  anda juga boleh  menggunakan bilik mandi anda yang ada heater. Anda hanya  perlu menggantung pakaian di dalam bilik mandi di kawasan di mana ia tidak senang disimbah oleh air . lepas itu buka heater sampai maksimun supaya wap dihasilkan, kalau wap yang cukup dihasilkan, kedutan dekat pakaian baju melayu dapat diselesaikan, tapi cara ini dinasihat guna sementara sahaja.

iron5
Seterika Pakaian ( Iron )

Jika anda tergesa-gesa untuk  membuang kedutan dekat baju melayu anda boleh mengunakan seterika . Untuk mengelakkan pembakaran pakaian , anda perlu menetapkan kotak besi ke tetapan haba yang paling rendah . cara ini mungkin lambat sikit kalau berbanding dengan pengukus pakaian tangan

Jika anda takut pakaian anda mudah hangus atau terbakar , anda perlu meletakkan tuala kain di atas pakaian semasa anda menyeterika . Apabila mengunakan  papan , anda perlu pastikan baju luar menghala ke arah dalam,

Gunakan Pengering Electric ( Dryer)

Anda perlu meletakkan pakaian di dalam pengering dan menetapkannya supaya aliran udara yang selesa. Anda perlu ingat untuk pusingkan pakaian dalam menghala ke luar sebelum anda meletakkan baju melayu di dalam mesin pengering . Anda harus ambil perhatian bahawa ia tidak semestinya menghapus kedutan sepenuhnya dengan cara ini, jika ada kedutan yang serious, terpaksalah guna pengukus pakaian tangan atau seterika, jangan letak terlalu banyak baju untuk dikeringkan, maksimun 3 helai sahaja

Gunakan Pengering Rambut

Jika anda mempunyai pengering rambut dalam rumah anda, anda boleh menggunakannya untuk menghapuskan kedutan . Anda hanya menggantung pakaian di kawasan di mana udara mudah mengalir . Ini adalah untuk mempercepatkan proses kehilangan kedutan di Baju melayu

iron4

Kesimpulan

Ini adalah beberapa cara di mana anda boleh menghapuskan kedutan dari baju melayu sutera . Untuk melindungi pakaian daripada kedutan dihasilkan ,kamu perlu simpan dengan betul . Sebagai contoh , anda perlu sentiasa menggantungkannya dalam tempat yang sesuai

Jika anda outstation atau bercuti-cuti , anda harus mengelakkan lipatan sebaliknya gulungkan baju melayu sutera  anda dan pastikan baju melayu tidak berkedut dengan serious.

sweetmuslimah

Leave a Reply