Dress Muslimah Jadi Fesyen Baju Yang Semakin Popular

Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis dan reka bentuk untuk dress muslimah yang boleh anda dapati di negara-negara ASean termasuk Malaysia. Dress muslimah juga tidak terkecuali tersenarai sebagai salah satu pakaian muslimah yang semakin menambat hati para wanita Islam di serata dunia. Pakaian ini menampilkan imej wanita yang feminin dan menambahkan lagi keayuan seseorang wanita. Terdapat pelbagai dress muslimah yang boleh didapati di pasaran pada masa kini. Antaranya adalah dress panjang, maxi dress dan jubah.


dress muslimah

Fesyen Dunia Sekarang Untuk Dress Muslimah Panjang

Dress panjang kini mula terkenal dalam fesyen dunia. Tidak hanya itu. dress panjang juga sudah mula diterima dalam fesyen muslimah oleh para pecintanya kerana bentuknya yang syar’i iaitu menutup aurat, tidak jarang serta tidak ketat. Pakaian ini bentuknya hampir sama dengan abaya. Perpaduannya dengan hijab pun sangat sepadan. Jenis fabrik yang lazim digunakan adalah brokat, satin dan sebagainya. Hiasannya juga beragam, lazimnya berupa manik, labuci dan kain-kain motif yang dilekatkan. Dress amat sesuai digandingkan dengan kardigan yang panjang. Dress muslimah ini amat sesuai untuk menghadiri acara-acara pesta dan lain acara. Pakaian ini kelihatan kemas dan lebih terlihat santai tanpa mengurangkan nilai tradisionalnya. Tambahan lagi, dress panjang yang berbentuk fleksibel dan elegan membuatkan para muslimah kelihatan anggun.

dress muslimah jambu

Dress Yang Elegan Lagi Bergaya

Buat masa ini penggunaan dress muslimah adalah sangat luas di merantau tempat dan fesyen. maxi dress boleh menambahkan kesan bergaya dan elegan pada wanita yang memakainya. Dress jenis ini biasanya di perbuat dalam reka bentuk yang sangat cantik dan menarik hati. Ia mudah untuk sepadan dengan pelbagai warna, biarkan warna gelap atau cerah. Jika maxi dress sudah memiliki potongan rumit, maka tidak perlu lagi ditambahkan aksesori. Boleh menambahkan aksesori, tetapi tidak berlebihan. Cukup sekadar memakai gelang, rantai, kacamata atau topi. Maxi dress juga boleh dipakai dengan pakaian seperti blazer, namun lebih baik tidak ditambahkan pakaian lagi. Untuk tampil feminine, anda boleh memilih maxi dress yang bertema flora. Khususnya, tampil dengan maxi dress bunga yang mempunyai warna dan corak yang lembut. Dress itu kemudian boleh dipadukan bersama kardigan yang boleh menghasilkan penampilan yang jelita dan feminin. Selain daripada tu, adalah kemungkinan juga untuk anda memilih hijab yang menutup dada dengan reka warna yang senada dengan kardigan(lebih gelap). Seperti skirt maxi, maxi dress adalah sejenis pakaian asas gadis Muslim kerana ia kelihatan sangat sederhana dan bergaya. erdapat pelbagai cara untuk anda menggayakan gaun maxi, dan pakaian ini adalah sangat sesuai untuk digayakan pada waktu siang atau malam hari.

dress muslimah merah

Jubah

Jubah juga merupakan salah satu dress muslimah. Jubah juga antara fesyen pakaian yang selesa dipakai pada masa kini. Potongan yang longgar, mudah memakai dan dihiasi dengan batu-batu berkilat, kristal serta manik menjadikan jubah mudah mendapat tempat di hati wanita terutamanya mereka yang bertudung. Jubah sekarang bukan sahaja diperbuat daripada fabrik berwarna hitam tetapi turut diilhamkan daripada fabrik pelbagai warna dan corak seperti fabrik cotton, chiffon, laycra dan banyak lagi bagi memudahkan wanita membuat pilihan. Kini lebih ramai wanita selesa mengenakan jubah dress muslimah tidak kira dari usia remaja, muda mahupun yang berusia. Menjadi pilihan bagi digayakan sama ada di siang hari untuk ke pejabat, bersiar atau ke masjid, jubah yang lebih glamor biasanya dipakai ke majlis-majlis malam yang eksklusif atau sesuai juga semasa menghadiri majlis perkahwinan. Ada juga pengantin itu sendiri kini lebih memilih untuk memakai jubah di majlis perkahwinannya kerana lebih kelihatan sopan, anggun dan semestinya aurat lebih terjaga. Kini terdapat ratusan rekaan jubah untuk wanita dengan variasi rekaan yang menarik. Malah kini lebih mudah bagi wanita untuk mencari sepasang jubah yang menepati cita rasa dan personaliti mereka kerana membeli secara online sudah menjadi trend.

dress muslimah black

Akhir kalam, pelbagai jenis dress muslimah yang boleh didapati kini dipasaran. Ini memudahkan para muslimah untuk bergaya seiring dengan perkembangan masa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *