Kebaikan dan Kelemahan Untuk Membeli Baju Muslimah Online

Membeli-belah dalam talian(online shopping) adalah cara yang baik untuk mendapatkan barangan yang anda perlukan tanpa perlu menghabiskan masa memandu ke kedai-kedai dan bersesak dengan orang ramai. Tetapi ramai cakap ia adalah satu kelakuan gila untuk membeli baju muslimah online, Benarkah? Cakap macam ni mungkin tidak dapat yakinkan bagi orang yang mempunyai keputusan yang baik. Berikut adalah kebaikan dan keburukan membeli baju muslimah online.

Kebaikan

Banyak pilihan:
Anda akan mendapati bahawa anda mempunyai pilihan banyak di kedai-kedai baju online berbanding dengan apa yang anda akan dapat di kebanyakan butik tradisional menjual baju. Anda boleh mengunjungi semua laman termasuk laman baju yang direka oleh design yang popular. Anda juga akan mempunyai keupayaan untuk mencari gaya, harga dan kriteria lain yang sesuai.

Kos:
Kos untuk membeli pakaian secara online sering lebih rendah dari kedai-kedai atau butik-butik yang mempunyai kedai praktikal. Ini kerana kedai-kedai menjual baju muslimah secara online tidak mempunyai jumlah kos yang besar seperti sewaan kedai dan upahan kakitangan yang kedai-kedai tradisional perlu tanggung. Jadi, penjimatan atas kos ini membolehkan laman online menjual baju dengan harga yang lebih murah dan pelanggan seperti anda untuk membeli pakaian berkualiti dan bergaya.

Kemudahan:
Anda boleh membeli-belah untuk baju muslimah di rumah pada bila-bila masa tidak kira siang atau malam. Anda boleh membeli-belah di rumah selagi anda mempunyai sebuah komputer dan sambungan talian internet. Kedai baju online tidak tutup kedai, jadi anda boleh membeli-belah bila-bila saja anda mempunyai masa lapang.

Kelemahan

Penglihatan ghaib:
Ini mungkin merupakan sebab terbesar yang ramai orang tidak akan mempertimbangkan membeli baju muslimah online. Anda perlu membeli pakaian tanpa melihat atau merasai kualiti bahan dan material baju tu. Jika anda ingin membeli pakaian jenama, anda mungkin dapat melihat pakaian yang sama yang tepat di butik tempatan sebelum menempah dalam talian, tetapi ini tidak selalunya boleh anda buat di laman online.

Perubahan baju:
Bila anda membeli baju muslimah di butik baju, anda boleh membuat perubahan jika size baju ni terlalu besar atau kecil. Tetapi, jika anda membeli dalam talian, anda mungkin membeli baju yang tidak sesuai dengan size badan anda dan anda perlu mencari tukang jahit anda sendiri untuk membuat apa-apa perubahan yang diperlukan. Ini biasanya akan tambahkan kos pembelian anda.

Polisi Pulangan:
Sesetengah laman yang menjual baju muslimah secara online mempunyai dasar pulangan yang ketat. Pastikan bahawa anda mempunyai pemahaman yang lengkap tentang dasar pulangan untuk laman yang anda ingin beli baju tu sebelum anda membuat pesanan.

Masa:
Jika anda memesan pakaian dalam talian dan kemudian tidak suka baju tu bila ia tiba, anda mungkin tidak mempunyai banyak masa lagi untuk mencari baju lain untuk menghadiri sesuatu acara yang penting. Jika anda mahu membeli pakaian dalam talian, pastikan anda beli lebih awal daripada tarikh anda perlu pakainya supaya anda mempunyai cukup masa untuk mencari pakaian yang lain jika perlu.

Ia bukan satu kelakuan yang gila untuk membeli baju muslimah online! Ramai orang telah dapat membeli baju impian mereka dalam talian yang mereka tidak dapat cari di butik tradisional. Selagi anda dah biasa dengan proses membeli online, maka tiada masalah langsung untuk anda membeli online untuk baju yang anda gemari.

baju muslimah online

sweetmuslimah

One Response

Leave a Reply