Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Macam Mana Memperolehi Baju Kurung Moden Gemaran Orang Ramai

Sekarang ramai orang ingin membeli baju kurung yang moden dan bergaya terkini tetapi disebabkan oleh kesibukan pekerjaan dan kehidupan, mereka mungkin tidak mempunyai masa untuk pergi ke butik-butik dan kedai-kedai baju untuk membeli pakaian kesukaan mereka. Nasibnya, hari ini terdapat banyak laman web online yang ada kaitan dengan kedai-kedai baju dan ini bermakna ia dah jadi kemungkinan untuk anda membeli baju kurung secara online dan baju tu akan hantar ke rumah anda tanpa perlu anda pergi untuk kutip sendiri.

Pilihan Yang Banyak

Terdapat pilihan yang begitu banyak untuk baju kurung moden, terutamanya dengan kebangunan internet. Ia adalah mungkin untuk mencari baju kurung yang dibekalkan dengan gaya, saiz dan warna yang berlainan. Baju kurung moden sekarang diperbuat daripada fabrik yang berlainan termasuk cotton, kain sulam, chiffon, lace dan lain-lain.

baju kurung cotton

Cotton
Baju kurung yang diperbuat daripada bahan cotton biasa mempunyai sifat kain yang sejuk lembut, selesa dan sesuai pakai di lebaran. Pilihlah baju kurung cotton dengan kain yang serasi dan cantik boleh menyerlahkan keranggian dan keaanggunan peribadi. Di pasaran terdapat banyak baju kurung cotton yang mempunyai desain yang amat gaya dan berkualiti. Baju ni tidak akan terkecut selepas basuh sama ada dengan tangan atau mesin cuci baju. Ia tahan lama dan boleh dipakai buat banyak kali.

Kain Sulam
Baju kurung moden yang diperbuat daripada fabrik kain pasang sulam manik dan sulam benang merupakan pakaian yang terkenal di Malaysia disebabkan oleh ketelitian dan kehalusan jahitan baju. Terdapat banyak laman online yang mengedar baju kurung kain pasang sulam manik dan sulam benang. Sesetengah pengedar boleh menawarkan pelbagai koleksi kain sulam manik dan sulam benang mengikut citarasa peribadi.

kain sulam

Kain sulam yang dihasilkan untuk membuat baju kurung menggunakan tenunan tangan sepenuhnya bagi sesetengah pengedar. Proses penyediaan boleh mengambil masa yang panjang untuk menghasilkan kain yang berkualiti tu. Seluruh proses boleh mengambil masa dari 2 sampai 5 minggu untuk disiapkan. Dengan pengambilan masa yang panjang tu, hasilan kain sulam mempunyai sifat kain yang teliti dan halus dan menjadi pilihan orang ramai. Sekarang terdapat ramai artis yang memakai baju kurung buatan kain sulam untuk menghadiri acara-acara muzik dan filem.

Lace
Baju kurung buatan lace tidak pernah jatuh dari fesyen. Gaya baju ini boleh menjadi tradisional atau vintaj. Pakaian yang dihiasi dengan lace kini menjadi amat trendy dan digemari oleh wanita memakainya untuk menghadiri sebarang majlis khas. Terdapat desain baju kurung lace yang mempunyai lengan renda dan sangat berguna bagi mereka yang ingin melindungi tangan mereka. Trend terkini adalah baju kurung lace yang mempunyai jahitan lace dalam warna pestal.

Chiffon
Chiffon merupakan bahan yang indah. Kainnya mempunyai lubang kecil membolehkan angin masuk jadi anda tidak akan berasa panas. Baju kurung moden yang diperbuat daripada fabrik chiffon adalah mudah untuk memakai dan anda akan sentiasa kelihatan anggun. Harganya boleh jadi sangat murah dan kukuh walaupun ia amat ringan. Sesetengah fabrik material chiffon diperbuat daripada sutera, kapas lain, nilon, rayon, atau poliester. Terdapat banyak gaya dan warna yang boleh dibuat dari kain chiffon untuk baju kurung moden chiffon yang cantik dengan harga yang berpatutan.

Baju Kurung Pahang
Baju kurung pahang boleh memberikan anda kelihatan yang bergaya dan eksklusif apabila ia ditaburkan dengan barang jahitan kemas manik yang kelihatan mahal lagi langsing. Anda boleh mendapati koleksi online baju kurung Pahang cotton yang bermanik dan sangat laris dijual di butik-butik baju dan juga laman online.

baju kurung moden pahang

Jadi, kenapa terdapat ramai wanita yang sukakan baju kurung Pahang? Keistimewaan baju jenis ni boleh menjadikan anda kelihatan menawan sebab baju ni diperbuat daripada fabrik yang mahal dan dihiasi dengan jahitan manik yang boleh mengagumkan anda. Jahitan manik ni tidak mudah tetas sebab keseluruhan pakaian itu kemas dan ketat. Selain daripdada tu, pakaian ini sangat sesuai untuk dipakai untuk apa-apa saiz badan sebab potongan baju kurung Pahang yang diperbuat dengan kain cotton bermanik boleh menjadikan anda kelihatan lebih menarik.​​​

Satu pakaian yang semakin popular adalah baju kurung Pahang pelikat. Baju ini diperbuat daripada material pelikat yang bermutu tinggi, sejut, dan lembut. Pola leher mempunyai desain collar baju dengan butang. Ia merupakan pakaian moden dan terkini yang diperbuat dengan separuh getah. Ia mempunyai reka bentuk cangkuk di bahagian sisi kain dan susah untuk putus bagi kain selisih depan.

Baju Kurung Moden Untuk Ibu Hamil

baju kurung ibu hamil
Tiada keraguan terdapat ramai ibu hamil menghadapi kesusahan untuk mencari baju kurung moden yang sesuai untuk mereka. Tetapi jika anda mencari online, boleh juga anda dapati banyak laman yang membekalkan baju kurung moden untuk orang mengandung. Anda boleh memilih baju yang memberikan keselesaan kepada anda dengan kebetulan fabrik yang digunakan dengan saiz besar. Sesuatu yang lebih bagus adalah keupayaan anda untuk melaraskan baju anda mengikuti perut yang semakin berkembang. Keupayaan untuk menyesuaikan baju kurung untuk ibu hamil juga membolehkan anda terus memakainya selepas melahirkan anak dan saiz badan belum kembali ke bentuk sebelum hamil.

Baju kurung yang anda pilih membenarkan anda untuk mendapatkan penampilan yang berbeza daripada sehelai baju sahaja. Untuk majlis-majlis kasual, anda boleh memakai baju kurung tu dengan kasut rata dan beg tidak rapi. Ia adalah menyeronokkan untuk ibu hamil bereksperimen dengan pakaian bersalin dengan menambah sesuatu yang berkilauan di sana-sini.

Cara Menjahit Baju Kurung Yang Mempunyai Fesyen Moden

Jika anda tidak mampu untuk membelanja wang untuk membeli baju kurung moden, anda juga boleh menjahit sendiri. Terdapat laman-laman yang memyediakan video tutorial untuk mengajar anda cara untuk menjahit baju.

Boleh anda rujuk ke video tutorial bawah untuk belajar bersama.


Untuk jahitan baju yang sesuai untuk dipakai, ukuran saiz lengan, leher, dada, pungung, bahu adalah penting. Ukuran dan desain yang tepat akan membolehkan hasilan jahitan baju yang sempurna untuk badan anda.

Baju kurung moden adalah satu fesyen pakaian yang hebat dan ramai yang gemar untuk mencuba baju kurung dengan reka bentuk terkini. Dengan harga yang rendah dan pelbagai jenis desain dan gaya yang menyeronokkan, mungkin sudah tiba masanya untuk anda memikirkan tambahan pakaian untuk almari anda! Pilih dan belilah baju kurung yang sesuai untuk pergi bekerja, majlis, kuliah atau meeting yang penting.

sweetmuslimah

One Response

Leave a Reply