Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Perempuan Bertudung Labuh Dan Tanggapan Aku

Menutup aurat itu wajib bagi setiap muslim yang beriman. Dan mereka yang beriman ini, termasuk dalam golongan-golongan yang beruntung di akhirat kelak. Bercakap mengenai hukum-hakam agama sememangnya bukan kepakaran aku. Dan aku tidak layak bercakap dan menjatuhkan sesuatu hukum terhadap sesuatu isu.Tetapi akal aku masih lagi waras untuk berbicara mengenai agamaku.

perempuan bertudung

perempuan bertudung

Aku suka melihat perempuan menutup aurat mereka. Dengan kata lain, berpakaian sopan dan bertudung. Tapi ramai perempuan hari ini, aku lihat mereka lebih suka Membungkus Aurat Mereka daripada Menutupinya. Hairan dan pelik. Tapi apakan daya, itulah senario yang semakin berleluasa yang berlaku di Malaysia dan juga Indonesia.

this is not hijab

this is not hijab

Bila semakin ramai muslimah memakai pakaian yang ketat tetapi bertudung, maka ini menjadikan muslimah yang berpakaian jubah dan tudung labuh itu sesuatu yang pelik di mata masyarakat. Sekiranya anda ternampak muslimah yang memakai tudung labuh di stesen komuter, mereka jelas akan dipandang pelik oleh orang ramai. Dalam hati orang di sekitar gadis-gadis bertudung labuh ini pasti berkata ” NI MESTI BUDAK UIA. TAKPUN BUDAK KOLEJ ISLAM MANA-MANA TAH” dalam hati korang. Takpun ” ALA, POMPUAN NI INGAT ALIM LA TU PAKAI TUDUNG LABUH.” Betul?

Typical Malay thinking. Isn’t it?

Well, that’s how people think. We cannot control the way people around us thinking and saying about us right? We have right to do everything we want. The freedom of democracy is that powerful, but yet, we still cannot freely saying about the politic in Malaysia. Pity Malaysian.

Back to the topic. I really wanna write something regarding to the TUDUNG LABUH Girls and Women out there. Yes, i want to share my thought and opinion on this matter.

Here we goes.

1. Tak Pandai Berfesyen

Ada segelintir muslimah yang bertudung labuh dan berjubah ni tak pandai bergaya. Tak perlu pun sebenarnya pakai ketat-ketat untuk bergaya. Cukuplah dengan baju dan seluar yang dipakai itu colourful dan menaikkan semangat anda bila memakainya. Ada impak sebenarnya pakaian yang anda pakai dengan mood anda pada hari tersebut. Kita buat perbandingan, apa pandangan orang jika anda memakai baju yang berwarna kelam, tidak digosok dengan rapi, tudung tidak terurus dan seluar yang lusuh? Dan bagaimana pula pandangan orang lain jika anda memakai pakaian yang bercorak-corak dan colourful, kemas dan cantik?

wardinaWardina merupakan contoh ikon muslimah yang pandai berfesyen

Jika orang disekitar anda tak ceria melihat anda, bagaimana anda pula?

2. Sederhana Dalam Semua Perkara

Ini memang bagus. Kebanyakan perempuan bertudung labuh ni memiliki sifat sederhana dalam semua perkara. Tapi rajin belajar dan bekerja. Teruskan jika anda seorang yang begini.

3. Suka hidup berkumpulan (asabiah)

Memang tak salah jika anda seorang agamawan. Dalam bahasa mudah, seorang yang mempraktikkan agama secara menyeluruh dalam kehidupan sehari-harian. Tetapi, pada pandangan aku, kebanyakan gadis bertudung labuh ini 75% join kelab Usrah kat Universiti ataupun tempat belajar masing-masing. Dan ini satu benda yang sihat dan baik untuk diri si pemakai tudung labuh dan rakan-rakannya. Cuma menjadi masalah jika kesemua mereka ini hidup dalam kelompok ini sahaja. Tak bergaul dengan rakan-rakan lain yang bukan dalam team usrah mereka. Sejak bila pula Islam jadikan kita berpuak-puak?

4. Pergaulan Terkawal Dan Dikawal tetapi…….

Kita jarang-jarang sekali melihat gadis bertudung labuh ni bergaul secara bebas. Setakat ni tak pernah lagi la aku tengok. Sebab pergaulan diorang ni terkawal dan terbatas antara lelaki dan perempuan. Tapi kalau sekali dah terlepas daripada batasan. Payah la. Tu yang ada macam-macam video 3gp pasal gadis bertudung labuh ni. Mintak dijauhkan la. Kus semangat!

5. Ada juga Yang Berpakaian menutup Aurat tetapi………….

Menutup aurat itu wajib. Aku tau. Tapi kalau tutup aurat je, tapi mulut dok mengumpat, mengata orang lain. Apa beza kau dengan orang lain? Tudung je la kan? So, mulia sangat ke kalau pakai tudung labuh ni tapi dok heboh menjaja keburukan orang lain? Sejak bila Nabi Muhammad S.A.W ajar Islam tu dari segi tutup aurat dengan Solat 5 waktu je? Mana pakaian akhlak kau?

wanita bertudung labuh

wanita bertudung labuh

Aku pandang mulia perempuan yang menutup aurat dengan sempurna. Kebanyakan diorang ni memang baik dan beradab. Tapi ingat, Agama Islam bukan hanya pada pakaian menutup aurat. Tak perlu aku huraikan kewajipan sebagai Muslim, sebab semua dah tau. Cuma aku benci orang yang sibuk dok tutup aurat dengan tudung labuh ni, tapi tak gheti tutup mulut dan terus mengumpat dan memburukkan orang lain. Tak pandai menjaga rahsia orang lain dan merasakan syurga tu milik dia dengan hanya berpakaian menutup aurat dan konon-konon warak. Muhammad S.A.W yang dijamin syurga tak pernah sesekali memburukkan umatnya. Ini kan kau yang hanya bertudung labuh? Siapa kau nak menjatuhkan hukum?

Siapa kau dan aku di mata Sang Pencipta?

Ini cuma pandangan peribadi aku tentang si pemakai tudung labuh. Dan aku tidak ada niat nak menyinggung perasaan sesiapa. Peace no war!

sweetmuslimah

2 Comments

Leave a Reply