Sakit Hati Dengan Zalora Malaysia

Saya sungguh sakit hati dengan Zalora sejak akhir-akhir ni. Saya sakit hati bukan sebab apa, sebab Zalora jual semua produk pakaian mereka dengan harga murah-murah. Jadi saya rasa sakit hati sebab Zalora menghabiskan duit orang yang ramai, :).

Kalau harga murah-murah, tapi design tak cantik, taklah terasa sangat sakit hati tapi pakaian yang dibekalkan oleh Zalora ini memmpunyai design yang cantik-cantik dan trendy dengan harga yang sangat murah. Jadi saya rasa sangatlah Geram!!! Oh ya, jangan salah faham saya cakap macam ni seperti I sengaja nak promote Zalora ini. Anda perlu tahu yang ini saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak pun, okay. Tapi, kalau pihak Zalora terbaca artikel mengampu ni, lepas tu rasa nak derma duit advertorial, mesti saya boleh dan sanggup untuk bagi nombor akaun bank saya. hahahaha!

sakit hati dengan zalora

Boleh anda sendiri tengok dan semak gambar baju dekat atas ni. Adakah anda sama fikiran dengan saya bahawa kesemuaan pakaian ni kelihatan cantik-cantik dan bergaya? Ini kan design baju dekat Zalora Malaysia yang trendy ni yang digemari oleh orang ramai. Apa yang baik sekali adalah harga untuk semua pakaian juga bukanlah semahal butik rasanya. Ada jualan murah agaknya sebab ada baju yang asal harga RM300 lebih, tapi sekarang baru RM170 macam tu lah lebih kurang. Makin SAKIT HATI DENGAN ZALORA!!

Walaupun saya ada dengar orang review pasal order dekat Zalora dan dapat problem bahawa barang yang mereka order tu tidak sampai atau mengambil masa yang panjang untuk hantar ke rumah mereka. Tapi, bila saya dah buat survey dengan membuat pertanyaan dengan hampir 10 orang yang termasuk kawan-kawan dan orang yang I kenali di Facebook, semua cakap mereka tidak menghadapi sebarangan masalah pun dengan order produk mereka dekat Zalora. Jadi, saya bukan sangat percaya pada review negatif tentang Zalora selagi saya tak kena sendiri. hahahaha!

Oklah, oleh kerana ini bukan artikel berbayar, maka saya tak nak mengampu banyak-banyak. Saya sibuk uruskan beberapa perkara sekarang ni. Apa yang boleh saya cakap adalah sekiranya anda sedang mencari satu pakaian buat masa kini, boleh anda pertimbangkan untuk membeli di Zalora. Pastik anda akan rasa puas hati dengan design dan kauliti yang anda akan dapat dengan memakai pakaian tersebut pada badan anda.

Jadi, jika nak jimat wang tapi masih ingin dapat sesuatu baju yang bersama kualiti dengan jenama popular, pergilah beli secara online di laman Zalora.

Spread the love
Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *