Tutorial Cara Memakai Shawl Raisya Dari Hijab Terkini

Pihak Hijab Terkini baru sahaja melancarkan shawl terbaharu keluaran syarikat mereka.Shawl baharu ini diberi nama Shawl Raisya.

pakai shawl

Shawl Raisya diperbuat daripada material yang high quality iaitu Lycra No 1.Terdapat 8 pilihan warna Shawl Raisya iaitu ;

  • Purple Blue
  • Pink Dark Brown
  • Light Brown Green
  • Grey Blue
  • Green Light Brown
  • Dark Brown Pink
  • Blue Purple
  • Blue Grey

Untuk melihat kesemua koleksi Shawl Raisya, anda boleh terus KLIK DI SINI.

Bagi memudahkan pemakai Shawl Raisya mengenakan shawl ini dengan cantik, berikut saya paparkan tutorial cara memakai Shawl Raisya dari Hijab Terkini.

cara pakai shawl

Mudah bukan? Sekarang tiada alasan lagi untuk menyatakan bahawa susah untuk menggayakan sesuatu fesyen shawl dengan adanya tutorial cara memakai shawl seperti ini.

Panduan Menjahit Baju Kurung

Tak lama lagi kita akan masuk bulan Ramadhan kemudian bulan Syawal. Mesti dah ramai terutamanya kaum hawa sudah mula membeli kain dan membuat tempahan menjahit baju. Sebahagian besar mesti tempah menjahit baju kurung kan? Hari tu aku tonton di kaca televisyen yang seorang bapa OKU pandai menjahit dan mengambil upah daripada menjahit baju untuk menyara keluarga. Mungkin sesetengah orang mengatakan menjahit ini susah tetapi ia tidak mustahil kerana banyak contoh yang kita boleh lihat dan mereka sudah berjaya.

Okey, aku kongsikan sedikit asas dan teknik yang perlu dikuasai untuk menjahit baju kurung.

Asas dan Teknik Menjahit Baju Kurung

1) Ambil Ukuran.
Mengambil ukuran ini memerlukan pengetahuan dan teknik yang betul. Barulah tak tersalah potong dan merugikan kain.

2) Melukis Pola.
Pola ini diperlukan untuk memudahkan pemotongan kain untuk menjahit baju kurung. Pola yang dilukis dengan betul memudahkan kita menjahit baju kurung tersebut.

3) Memotong kain
Memotong kain ini memerlukan teknik dan asasnya juga. Kalau tak tahu, boleh berlaku kesilapan sewaktu potong kain tersebut dan merugikan kain. Silap-silap kain 4 meter tu jadi tak cukup. Jadi,penting teknik dan cara yang betul.

4) Menjahit Kain
Selepas dah tahu cara potong kain, kemudian proses seterusnya ialah menjahit kain. Perlu tahu cara menjahit pesak dan kekek. Bagaimana untuk mencantumkan kedua-dua bahagian ini. Perlu pelajari tekniknya.

5) Menjahit Poket dan Leher Baju.
Sesetengah orang suka baju kurung ada poket disisi, sesetengah orang pula tidak menyukakannya. Jadi kalau tahu jahit poket ini adalah satu kelebihan kan? Begitu juga cara menebuk dan menjahit leher baju. Semuanya memerlukan pengetahuan dan teknik yang betul.

Banyak lagi yang perlu diketahui untuk menjahit baju kurung ini. Contohnya seperti menjahit span baju, menjahit pinggang kain,membuat kemasan dan banyak lagi. Semuanya bukan datang dengan sendiri tetapi perlu banyak belajar. Semoga panduan menjahit baju kurung ini dapat membantu kita semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *